Thursday, December 3, 2009

Iktifal Taski Integrasi Al Mustaqim

Lama saya tidak memasukkan entry PA System dalam blog ini. Banyak job alhamdulillah..namun rintangan masa menghadkan saya untuk mengadap PC ini dan upload gambar2. Btw insyaallah saya akan menjadi lebih rajin dalam memasukkan entry untuk function2 dimana menggunakan Dill Sound System .

Entry kali ini adalah untuk Majlis Iktifal Taski Integrasi Al Mustakim. Majlis berlangsung di Dewan Mawar Seksyen 7 Shah Alam. Disebabkan banyak persembahan maka saya menggunakan banyak microphone untuk majlis ini.Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Tq kepada Pengetua Taski Puan Faridah.




Tuesday, September 29, 2009

Sambutan Kemerdekaan ke 52 KM dan KPM Peringkat Kebangsaan

Selama 3 hari berturut-turut bertempat di Kolej Mara Banting berlangsung Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke 52 Majlis Amanah Rakyat( MARA). Pelbagai acara diadakan seperti Sayembara Deklamasi puisi,forum,drama ,pertunjukan bunga api dan lain-lain. Majlis turut dihiburkan dengan nyanyian lagu patriotik dari penyanyi Roy. Majlis dirasmikan oleh Timalan Menteri Tanah dan Koperasi. Dill Sound System telah diberi kepercayaan untuk menyediakan PA System sepanjang 3 hari majlis berlangsung.






Friday, July 24, 2009

Asean-China Friendship Organisation

Baru-baru ini bertempat di PWTC Dill Sound System telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan PA System sepanjang 3 hari majlis berlangsung. Majlis ini dihadiri ramai VVIP dan menteri. Majlis kemuncak adalah perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. Selain dari makan malam program ini juga banyak melibatkan sesi mesyuarat.
TQ atas kepercayaan yang diberi


Welcome Dinner malam pertama dihadiri oleh YB Dato Sri Dr Ng Yen Yen


Anggota band yang mengadakan persembahan


Dr Ng Yen Yen sedang berucap
























YB Tan Sri Muhyidin Yasin sedang memberi ucapan



Pengacara majlis


Show time!

















Wednesday, June 24, 2009

Malam Anugerah Industri Getah di Hotel Nikko

Bertempat di Hotel Nikko Kuala Lumpur, Dill Sound System telah diminta untuk menyediakan kemudahan PA System serta pemuzik bagi Majlis Malam Anugerah Industri Getah. Program ini dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Setting equipments seawal 12 tengahari. Jam 4 petang sound check dan 8 malam majlis bermula.
Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Perusahaan dan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Tq Hanim PRO Lembaga Getah Malaysia.






































Friday, May 15, 2009

Majlis Impian Busta dan Pasangan

Majlis Perkahwinan Busta dan Pasangan Di Dewan Komuniti Bukit Damansara.
Majlis yang gilang gemilang. Pengantin sama bijak ,sama cantik , sama padan.
DillSoundSystem bersama-sama menjayakan majlis ini dengan menyediakan peralatan PA System sepanjang majlis berlangsung. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Kepada pengantin Selamat Berbahagia hingga akhir hayat.

BErminat membuat tempahan PA System untuk sebarang majlis?
hubunghi Fadzil Salleh: 0126336793/0355115848
email:fadzilsalleh@yahoo.com












Sunday, March 29, 2009

PA System Di KGPA

Majlis Perkahwinan anak Megat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Disebabkan ia dibuat di kawasan luar yang luas saya memerlukan lapan speaker untuk menghasilkan sistem bunyi yang berkualiti .

Band yang terdiri dari kalangan ahli keluarga pengantin. Berbakat rupanya saudara mara pengantin.

Steady ajer show mereka ni. Mcm profesional.Nampak tk pemain keyboard tu.kecil ajer tapi terror bukan main

Pengantin indah dengan pelamin yang indah

Doa mohon keberkatan majlis

Reherseal dalam cuaca panas tp meriah


Lihatlah lokasi majlis.Mm dalam taman.

Kawasan luas...




Saturday, March 7, 2009

Selamat Berbahagia Zee Helena dan Saufi

Sekitar majlis perkahwinan Zee Helena dan Saufi yang berlangsung di Dewan Maktab Kerjasama Malaysia Petaling JayaMajlis yang sederhana tetapi meriah.Dill PA System diminta untuk menyediakan sistem bunyi bagi majlis ini.


Kumpulan trio Sulaiman Brothers mendendangkan lagu-lagu pujaan ramai .


Pengantin majlis dalam nuansa merah

Pelamin indah singgahsana pasangan raja sehari ini.Choc moist 3 tingkat membangkit selera
Dari meja sound engineer.....